Mengapa harus curang?
Kenapa cinta begitu mudah beralih?
Ada yang kata setia
Ada yang kata cinta
Ada yang kata sayang
Tetapi semua itu tidak bertahan lama..
Ke manakah kata kata itu pergi?
For seriously, Anis tak tahu apa perasaan seseorang itu bila dia kata "saya hanya akan mencintai awak SEORANG sahaja" , "saya tak nak yang lain tetapi saya hanya nak AWAK" atau yang paling klise "percayalah yang saya hanya ada awak seorang sahaja dalam hati saya" tetapi bila ada awek cun lalu depan mata, terus rasa dup dap dup dap...begitu juga sebaliknya...
Anis tak nak lah tuduh lelaki sahaja yang begitu, di kalangan perempuan juga mesti ada tapi bagi Anis, lelaki yang kebanyakan macam tu.. Sorry ya~
So berbalik kepada pertanyaan Anis tadi, Anis tak tahu apa perasaan orang yang mengucapkan ayat ayat begitu dan dia jugalah yang mempermainkan ayat itu.. contohnya, baru ucap ayat jiwang then bila nampak awek cun terus rasa macam terpikat..
Tak rasa malu ke? Ye la.. lainlah kalau dia ucap kata sayang tapi pasangannya yang curang..
I'm so curious...
Note kepada lelaki dan perempuan,
Kalau rasa sayang dan cinta kepada pasangan, jagalah sebaik mungkin. Kalau sebab tak ada jodoh, tak apalah juga.. tapi ini tidak.. seperti saja2 berlaku curang.. mencintai pasangan sendiri tetapi pada masa yang SAMA, bermain mata dengan orang lain..
*Jangan mempermainkan perasaan orang lain jika tidak mahu perasaan awak dipermainkan di kemudian hari*
0 comments:
You can leave your comment