tips

Tips/petua/doa untuk belajar

06:47:00 anis manisha 0 Comments

Assalamualaikum!
Salam sejahtera!
Ni hou ma!

Anis sebagai kawan korang (siapa yang melawat blog ni, kira kawan baru la tu..hihi) nak berkongsi tips/petua/doa untuk belajar. artikle ni memang bermanfaat untuk korang yang tengah study tu...






1. Berdoa sebelum dan selepas belajar
        Doa sebelum belajar:
           "Ya Allah! Aku memohon daripadaMu kefahaman para nabi, ingatan para rasul dan malaikat terhampir. Ya Allah! Jadikanlah lidahku basah dengan zikir kepadaMu. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa diatas segala apa yang kehendaki."
     
         Doa selepas belajar:
           "Ya Allah, perlihatkanlah kepadaku kebenaran itu sebagai suatu perkara yang benar dan anugerahilah kepadaku kekuatan untuk mengikuti kebenaran itu. Dan perlihatkanlah kepadaku kesalahan itu sebagai suatu yang salah dan anugerahilah kepadaku kekuatan untuk menjauhi kesalahan itu. Segala puji bagi Allah Tuhan semeta alam."




2.Sentiasa berzikir kepada Allah : 
      Antara zikir yang saya jumpa untuk pelajar ialah:
               "Yaa Qadiir-305 kali setiap hari. insyaAllah cita-cita akan terhasil"
                "Yaa Rasyidd-1000 kali antara Maghrib dan Isyak. insyaAllah akan menjadi pndai"

3. Belajar pada waktu yang sesuai dan waktu yang dicadangkan:
         ~belajar pada waktu malam sebelum tidur kerana memori yang telah menyimpan bahan bacaan yang 
           dibaca akan menjadi panjang.
         ~belajar pada waktu pagi-pagi iaitu sepertiga malam dan sesudah                                             Subuh.
        



4.tips untuk kukuhkan ingatan:
          ~rajinkan diri untuk membuat solat tahajud kerana salah satu faedah yang diterima setelah menunaikan
            solat tahajud adalah ingatannya akan menjadi kukuh.
         ~membaca al-Quran ketika berpuasa akan mengukuhkan ingatan.


Itu sahaja daripada saya...
Saya berharap sangat artikle ini akan berguna kepada kalian yang melawat blog ini...
- (^_^) -
              

You Might Also Like

0 comments:

You can leave your comment