Kata-Kata Ramadhan
Apa yang Anis nak post hari ini ialah ayat-ayat yang maybe boleh membina semangat korang untuk terus berusaha untuk mendapatkan apa yang anda mahu, yang berkaitan dengan berpuasa dan macam-macam lagilah.. ala... senang cerita, korang baca je kat bawah ni.. ^_^
1. Kelebihan orang yang berpuasa ialah ingatannya dan mindanya akan menjadi tajam.
2. "Orang yang berjaya ialah orang yang melakukan perkara-perkara yang orang gagal tidak lakukan"
3. "Kalau hendak masuk syurga, ikut perintah Allah, kalau tidak mahu, tidak perlu ikut perintah Allah"
4. Allah akan memperkenankan doa-doa orang yang berpuasa
5. Allah tidak pernah jemu mendengar dan memperkenankan doa-doa hambaNya tetapi kita yang jemu berdoa kepadaNya.
7. Sebab-sebab Allah tidak memakbulkan doa kita ialah
-kerana hubungan kita sendiri dengan Allah sangat renggang (tidak bersolat, berpuasa, dsb)
-kerana Allah ingin menguji kita
8. Jika mahu menghafal sesuatu, berpuasalah kerana jika kita berpuasa, nafsu kita akan lemah.. dan apabila nafsu kita lemah, akal kita akan tajam.
Berkenaan dengan no 7. Ada 1 cerita yang mengisahkan tentang 2 orang nelayan. Seorang merupakan orang kafir dan seorang lagi ialah orang Islam.
Sebelum mengebar jala, nelayan kafir itu mengambil tuhannya dan tawaf di sekeliling tuhannya manakala nelayan Islam itu membaca Bismillah sebelum mengebar jala.
Nelayan kafir tersebut mendapat terlalu banyak ikan sehingga sampannya tidak muat untuk diisi ikan-ikan itu tetapi nelayan Islam itu hanya mendapat seekor dua sahaja.
Kemudian, Malaikat bertanya kepada Allah SWT, mengapa nelayan kafir itu mendapat ikan yang banyak tetapi tidak nelayan Islam itu?
Allah menjawab, bahawa "Aku sedang menguji hambaku itu. Jika dia bersabar dan masih percaya bahawa Aku yang memberi rezeki kepadanya, dia akan mendapat gajaran di akhirat"
Untuk apa kita diberi rezeki yang hanya di dunia tetapi tidak di akhirat. Jadi, ingatlah bahawa setiap apa yang berlaku akan diberi ganjaran, jika tidak di dunia, pasti gajaran itu didapati di akhirat kelak.
-miss A.M-
0 comments:
You can leave your comment