Belajar daripada Pengalaman (Tips untuk berjaya)

21:10:00 anis manisha 0 Comments

TAK RUGI KALAU BACA

Nampak macam ada dua tajuk ke kan? Sebenarnya ada satu tajuk je which is Tips untuk berjaya but tips ni aku bagi berdasarkan pengalaman aku sendiri..

Aku pilih untuk share pengalaman aku supaya rasa dekat dengan pembaca (maybe)

Tips yang aku bagi ni mungkin agak klise (biasa-biasa je) tapi memang mujarab bro (insya Allah)

1.Berusaha
2.Doa
3.Tawakal

Image result for practiseFirst step ialah ko mesti berusaha.. WAJIB! Setiap perkara, lain cara usahanya.. Contohnya, kalau kau nak menang dalam lumba lari, ko kena berlatih berlari dan berlawan dengan masa.. 
Kalau kau nak menang dalam pertandingan pidato, kau kena praktis bercakap depan cermin, depan kawan-kawan, depan cikgu supaya diorang boleh betulkan kesalahan kau and kau akan rasa biasa bila berhadapan dengan penonton.



Second step ialah, korang kena berdoa (yang beragama Islam). Kalau aku, aku akan berdoa

"Ya Allah, Kau kurniakanlah kemenangan kepada ku, Kau kurniakanlah rezeki yang besar kepadaku. Engkau pinjamkanlah kemenangan kepadaku pada hari ini Ya Allah."


Aku akan berdoa guna ayat kat atas tu selepas aku tamat turn aku untuk sesuatu pertandingan sehinggalah sebelum pengumuman keputusan pemenang.

Third step ialah aku akan tenangkan hati aku dan serahkan semuanya kepada Allah. Dialah sebaik-baik Perancang..
Minta juga supaya Allah redhakan hati jika gagal supaya tidak terlalu kecewa. Dan ingatkan diri 'kalau aku kalah, maknanya rezeki aku pada hari yang lain'. Dan ingat juga.. kalau kalah, mind setkan bahawa 'tak kanlah hari-hari rezeki aku.'


-------------------------------------------------pengalaman hidup aku----------------------------------------------
*insya Allah  tak rugi kalau korang baca sampai habis*


Masa sekolah tahun lepas, sekolah aku umumkan yang ada pertandingan Memory Competition peringkat kebangsaan,

Actually aku dapa tips kat atas aku after aku masuk satu pertandingan ni.. Pertandingan ni banyak gila cabaran dia tapi lain hari aku cerita,ok.. Insya Allah..

Aku masuklah Memory Competition tu and aku masuk bahagian huruf..

For first step, aku tahu yang aku kena berusaha.. Tapi aku tak tahu macam mana nak berusaha sebab kalau aku nak praktis hafal semua huruf tu dengan gunakan contoh soalan, macam tak berguna je.. Sebab masa pertandingan nanti, mestilah orang tu sediakan susunan huruf yang lain.

Tapi disebabkan aku tahu yang kena berusaha kalau nak menang, aku praktislah juga hafal..

Satu page, ada 10 baris, satu baris ada 20 huruf dengan susunan yang bertaburan.. means, ada 200 huruf dalam satu page (aku tak ingat sebenarnya,,, Saja bagi gambaran,, tapi memang hundred(s) )


first day aku praktis, aku dapat hafal 2 baris je..
next day, aku dapat hafal 4 baris..
next next next practice, aku dapat hafal 6 baris.
dan sehari sebelum pertandingan, surprisely aku dapat hafal satu page..

Aku tak sangka pula kalau praktis, boleh tingkatkan jumlah benda yang aku hafal (aku gunakan tiga jenis soalan yang berbeza tau.. means setiap kali praktis, aku tak gunakan soalan yang sama)


Masa pertandingan pula, aku dapat hafal satu page tambah satu baris di page yang kedua.. Aku memang tak sangka..

So, betullah yang dalam apa-apa jua pertandingan, kau kena BERUSAHA/PRAKTIS dulu..



then, after that aku pergi ke step yang kedua dan ketiga.. Berdoa dan bertawakal sekali gus,,

And hasilnya, aku dapat saguhati, bernilai rm100..

Walaupun nampak sikit je hasilnya.. Tapi bukan senang nak dapat saguhati untuk pertandingan ni.. Sebab aku bertanding dengan budak sekolah menengah, budak sekolah rendah dan budah universiti and dia tak ada pemenang untuk peringkat sekolah menengah sahaja,, means, aku bertanding dengan lebih daripada dua ratus orang..

Wakil daripada sekolah aku, ialah seramai 30 orang tetapi aku sorang je yang menang..

BUKAN NAK RIAK TETAPI NAK KORANG PERCAYA BAHAWA TIPS NI MEMANG BERGUNA..(dengan izin Allah)

Aku share sebab, ada orang percaya yang berusaha dulu then baru berjaya.. Tetapi berapa ramai yang berusah lepas tahu pasal benda tu.. Jadi, aku share pengalaman aku supaya orang akan buat (berusaha) pula.. which is biar diorang BETUL BETUL BETUL percaya..

*aku tak ada niat lansung untuk riak.. 100% no riak*

-miss A.M-



You Might Also Like

0 comments:

You can leave your comment