Follow the flow (Takdir Allah itu indah)

21:26:00 anis manisha 0 Comments

Apa yang kita nak, tak semestinya kita akan memilikinya..

Betapa sakitnya bila sangat2 mencintai seseorang itu, tetapi akhirnya di hari bahagia, tangan lelaki lain yang menyalam tangan tok kadi.
Begitu banyak kenangan manis yang dicipta tetapi akhirnya kenangan itu perlu dibuang terus kerana dia bukan lagi milik kita.
Begitu peritnya apabila kita bergelak tawa dengan insan yang dicintai tetapi kini sunyi sepi kerana didampingi oleh lelaki lain.

Jadi, jangan terlalu mencintai manusia. Cintailah Allah lebih tinggi daripada sesiapa jua. Kerana, jika kita tidak dapat memiliki cinta si dia, kita tidak akan terlalu kecewa. Insya Allah.
Jadi, jangan cipta terlalu banyak kenangan manis agar tidak begitu lama masa yang diperlukan untuk kita melupakannya.

Setiap apa yang berlaku, ada hikmahnya.
Kita tidak dapat menerima sesuatu hikmah itu mungkin kerana kita dalam keadaan yang marah, sedih, terseksa, derita.
Kita tidak akan nampak hikmah sesuatu kejadian itu jika kita diselubungi dengan perasaan yang kejam itu.

Follow the flow

Kita teruskan jua apa yang telah ditetapkan oleh Allah.
Kita lihat sahaja apa yang mahu diberikan oleh Allah kepada kita.
Apabila kita telah mengecap kebahagiaan, ingat kembali derita yang kita dapat dulu.
Dan katakanlah
   "Oh, inilah hikmahnya atas penderitaan aku dulu"
   "Ini rupanya yang Allah nak beri setelah memberi aku derita (ujian)"
   "Betapa indahnya apa yang aku miliki sekarang berbanding dulu. Berbanding semasa Allah menarik apa yang aku miliki dulu"

Dan bersyukurlah kamu..

-miss a.m-
-write for myself and readers-

You Might Also Like

0 comments:

You can leave your comment