Susahnya Masuk Syurga

02:32:00 anis manisha 0 Comments

Syurga, idaman semua orang. Tiada siapa nak masuk neraka, tetapi tak semua nak buat apa yang Allah suruh..



Kenapa aku kata nak masuk syurga ni susah?

Sebabnya, bila kau beriman, pastikan kau tak riak.. Kalau kau riak, ibadah kau is nothing..
Sebabnya, bila kau cuba nak berubah, mungkin jiwa kau tak kuat akibat bisikan syaitan..
Sebabnya, bila kau cuba buat baik, ramai yang kata kau ni poyo, jadi kau dah tak nak buat baik..

Tetapi kau kena ingat yang syurga Allah itu sangat indah..

Kalau kau selalu riak, berdoa kepada Allah agar perasaan riak itu dibuang daripada diri kau..

Kalau kau nak berubah, berdoa kepada Allah agar kau terus-terusan diberi petunjuk, pastikan kau sentiasa berdamping dengan orang yang boleh membawa kau ke haluan yang menuju ke syurga.

Kalau kau nak buat baik tanpa dikatakan poyo atau sebagainya, katakanlah ke hati kau bahawa "bukan kata-kata diorang yang boleh bawa aku ni ke syurga.. tetapi sikap aku sendiri yang menentukan sama ada aku ke syurga atau ke neraka"


Mesti korang pernah dengar kan yang "pelangi tak akan muncul tanpa hujan"?

Ungkapan tu tak semestinya untuk ujian di dunia ni je which is kau mesti lalui ujian sebelum mendapat hikmahnya. Tetapi ungkapan itu juga untuk syurga..

Pelangi itu bagaikan syurga, hujan pula umpama segala proses yang kita lalui untuk mendapatkan syurga..

Kalau kau nak berubah, tetapi hati rasa payah.. Itu bermakan syaitan tengah berbisik dengan kau supaya tak perlu berubah.. Dan kalau kau memang tak berubah, itu bermakna syaitan dah menang.. Takkanlah kau nak bagi syaitan yang menang,kan?
Pastikan kau yang menang!


Syurga itu kekal. Bersusah payahlah kau sekarang di dunia untuk mengubah diri supaya menjadi salah seorang penghuni syurga.. Supaya nanti bila kau kat syurga, kau hanya bersenang lenang je..

Kat syurga dah tak perlu solat, puasa dan lain2.. Tetapi untuk bersenang-lenang di syurga, pastikan kau bersusah di dunia ni dengan ikut perintahNya..

Tetapi, satu nasihat daripada aku.. Bila beribadah, niatkan kerana Allah dan bukan kerana syurga.. Pastikan kita berniat untuk mendapat rahmat Allah, bukan untuk mengejar syurga..

Syurga itu ialah hadiah daripada Allah untuk hambaNya yang beriman, jadi Allah perlu diutamakan!

-miss A.M-

You Might Also Like

0 comments:

You can leave your comment