tips

Beberapa Tips untuk belajar (Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris)

02:05:00 anis manisha 6 Comments

Selamat petang everyoneeeee!

Ok, post ni khas untuk korang yang bakal menghadapi spm walaupun spm korang, tahun depan ya.. hehe..

Aku akan senaraikan tips untuk belajar untuk semuaaaa topik.. Walaupun spm aku taklah hebat sangat tapi Alhamdulillah, masih boleh dibanggakan.. Which means tak teruk pun resultnya tapi taklah gempak sampai straight A..

Tips yang aku nak bagi ni, banyak bagi improvement kat aku.. Kalau ada rasa was-was nak follow sebab aku cerita pasal result aku tu, lantak kome le.. Kalau ada yang nak follow, followlah ye... 


BAHASA MELAYU:
Image result for bahasa malaysia
sumber: pak cik google
  Untuk Karangan- 

aku nasihatkan banyak2 korang pergilah salin contoh karangan TETAPI aku syorkan supaya korang salin karangan kawan korang sendiri yang dapat markah terbaikkkk atau daripada junior korang yang markahnya memang mantap.

Kenapa aku syorkan macam tu? Ikut pengalaman aku, bila aku salin contoh karangan daripada buku rujukan, aku rasa macam biasa je.. Tapi bila aku salin daripada karangan junior aku, (memang tebal mukalah sebab junior dapat markah tinggi daripada senior.. huhu) aku jadi tertarik sebab aku tertanya-tanya kenapa dia boleh dapat markah lagi tinggi.. 27/30 beb.. tak ke hebat tu.. So, aku perhatikan ayat dia satu2.. Aku baca dulu karangan dia which is tak tergopoh-gopoh nak habiskan pembacaan lepas tu baru aku salin balik sebiji-sebiji..

Daripada cara aku yang ini, aku boleh tengok, flow bahasa dia, flow penceritaan dia, macam mana dia masukkan peribahasa, berapa banyak baris untuk perenggan dia, berapa isi dalam satu perenggan.. 

Dannn after aku buat macam tu, Alhamdulillah aku dapat result yang baik.. kalau dulu setakat 16/30 markah, tapi lepas salin karangan JUNIOR aku tu, aku selalu dapat 27/30 atau 26/30 markah..

Thanks kepada Pn. Siti Khalijah yang suruh anak muridnya salin karangan daripada junior kami.. hehe.. Kalau ada kawan yang dapat markah best pun, salinlah karangan dia tapi make sure baca dulu kay.. baca dengan penuh penghayatan gituu..

Untuk tatabahasa - aku tak tahu sangat tipsnya tapi waktu sekolah, selalu sangat buat latihan dengan cikgu.. so tipsnya jangan ponteng sekolah! haha

Untuk komsas - Aku rasa tips aku agak berguna tapi tak semua orang boleh buat.. hehe.. tips aku ialahhhh.... Aku akan baca novel je.. sebab bila aku baca novel, aku akan ingat peristiwa dia, jadi untuk soalan novel memang senangla nak jawab sebab jawapan untuk kebanyakkan soalan sama je, peristiwanya cuma kata kunci je kena tukar contohnya yang 

"Watak yang penyayang ialah ........ Buktinya........"
"Pengajarannya ialah kita perlulah menjadi seorang yang penyayang seperti......"

Untuk yang cerpen, aku nasihatkan baca juga setiap cerpen.. sebab kalau korang baca buku rujukan je which is korang baca point-point dia, nanti time exam, korang akan konfius point untuk cerpen itu dan cerpin ini.. sebab banyak sangat cerpen kan..


BAHASA INGGERIS:
Image result for english
sumber: uncle google
Untuk essay - cara aku, sama juga macam untuk BM.. tapi aku tak salin balik.. sebab bila aku baca essay BI, memang aku akan hayati betul-betul sebab nak perhatikan juga grammar dia... So bila baca je, aku dah dapat tangkap macam mana flow karangan tu.. Kalau korang yang rasa perlu salin balik, salin je la.. Maybe boleh dapat improvement yang lagiiii gempak!

Untuk soalan objektif - dalam kelas, masa berbincang tentang jawapan objektif, cikgu aku akan bincang setiap soalan dengan detail which means macam kenapa jawapan nya yang itu dan kenapa pilihan jawapan yang lain salah, apa keyword soalan dan apa yang kita perlu perhatikan dalam soalan tu..

Jadi, aku akan catat semuaaaaa yang cikgu aku cakap sebelah soalan objektif tu guna pen merah.. walaupun jawapan aku betul dan aku tahu kenapa.. aku still catat..

Bagi aku, reason korang kena buat macam ni ialah, manalah tahu kut-kut dalam dewan peperiksaan, otak cramp.. At least korang boleh tanya diri korang, "Apa yang aku perlu buat" so that, tayangkanlah semula pembelajaran anda di kepala anda.. hehe

Untuk speaking - well, spm memanglah tak ada speaking tapi penting juga.. untuk oral dan masa depan korang.. Kalau cara aku, semasa dalam kelas, aku akan tengok bibir cikgu aku je.. Daripada situ aku tahu macam mana nak sebut sesuatu perkataan dengan betul dan lancar.. Tapi sambil2 tu dengarlah apa yang dia cakap.. 

Untuk literature - First, korang kena baca novel tu, then korang kena cari satu contoh karangan literature yang mantap which is yang ada semua point yang diperlukan..

Contoh point yang diperlukan:
-kata kunci soalan
-jawapan
-huraian
-kesimpulan kecil
-kesimpulan besar

*part ni kalau ada yang tak faham, boleh email aku kat manishaanis@gmail.com*


Untuk subjek yang lain, tungguuuu yaa.. hehe

You Might Also Like

6 comments:

You can leave your comment