tips

Beberapa Tips untuk Belajar (Sejarah)

08:57:00 anis manisha 8 Comments

Ok.. Kali ni post untuk subjek yang lain pulak.. Sorry sebab lambat update.. hehe

SEJARAH
Image result for history

Bila kita sebut 'sejarah' mesti semua just ingat kena hafallll je kan? 
Alhamdulillah aku dapat keputusan yang baik untuk sejarah which is A (ini bukan nak riak ya tapi nak buktikan bahawa....) tapi aku tak hafal pun fakta sejarah.. 
Well, tipulah kalau aku kata aku tak pernah hafal kan? hehe.. Tapi aku hafal just 2,3 kali je sebab raa macam fed up je nak hafal SEMUA fakta..

So, adalah cara belajarnya which is:

1.kau buat nota pendek/ringkas. For this, terserah untuk korang nak buat macam mana. Sebab ada orang kata, short note lebih baik, ada orang kata lebih baik buat nota berjadual, ada orang kata lebih bagus buat mind map.

Kalau korang rasa senang dengan mind map, then  buat tu.. Kalau rasa senang dengan nota short yang takat 2-3 patah, buat macam tu.. Depends kat korang. Sebab bagi aku, fakta sejarah ni banyak.. Kalau untuk sesuatu topik tu ada terlalu banyak point, mestilah agak susah nak buat mind map.. So depend kat korang.. TETAPI

Pastikan korang tak salin satu buku teks tu!

Kalau macam cara aku, aku buat campur2. ada mind map, ada short note, ada jadual.
p/s: perbezaan antara kau baca buku teks dan nota ringkas untuk sesuatu topik ialah, kau akan rasa baca nota ringkas lebih CEPAT berbanding baca buku teks walaupun ISI PENTINGnya sama. Aku pernah buat penilaian ni. So, memang rugi kalau tak buat short note.



2. Kau focus semasa cikgu mengajar. Kalau kau dapat cikgu yang jenis explain tanpa tengok buku, kau focus 100% kat dia.. Aku pernah dapat cikgu yang macam ni and aku memang focus kat dia je. Aku pandang muka dia je and aku tak tengok buku lansung sebabnya bila ko tengok buku untuk cari point yang cikgu korang tengah cakapkan,, percayalah yang korang akan hilang focus!

3.Baca buku teks dan fahamilah! Cara aku baca, aku akan baca satu persatu perkataannya dan aku akan pastikan aku faham ayat tu. Kalau aku tak faham, aku akan ulang baca sampai aku faham. Tapi, TAK PERLU HAFAL.. Percayalah yang kalau kau dah buat tips no 1 dan no 2.. Insya Allah bila exam, kau akan teringat balik apa yang kau baca, dan bukannya ingat benda yang kau hafal.

Tapi pastikanlah yang korang memahaminya juga.. bukannya baca sepantas kilat atau sepintas lalu


4. Buat latihan. This tips memang no doubt lah. Cumanya kalau latihan essay, tak perlulah tulis macam essay. Hanya keluarkan main point, huraian, kesimpulan (sebab kbat kan sekarang? hehe)

5. Tips no 5 ni ialah untuk tips bila dah nak exam. Katakanlah cikgu bagi hint, topic yang keluar ialah bab 3,4,5,6 .. Kau dah baca bab 4 dan 5 sebelum exam secara sungguh-sungguh mungkin sebab saja2 je an, so tak perlu membazir masa baca balik bab yang kau dah baca (korang mesti baca an sebab nak pastikan yang korang betul2 ingat).Sebaliknya, lebih baik korang buat latihan untuk bab yang korang dah baca tu and baca nota-nota untuk bab yang korang belum baca. 



*Jumpa di lain post ya sebab saya jenis yang tak suka post tu panjang sangat.. Risau pembaca jadi bosan bila baca.*

-miss A.M-

You Might Also Like

8 comments:

  1. Tq untuk tips ni!mmg sangat berguna👍😆

    ReplyDelete
  2. Thanks sbb kasi tips tp sy still takutla...sej sy dr dulu xprnh A,slalu dpt C...kwn sy kata bc sej mcm bc buku cerita,tp still sy xbole😭..sy akn cuba tips2 ni..doakan saya sbb sy PT3 tahun ni😭😭

    ReplyDelete
    Replies
    1. good luck nasya...kita pon pt3 tahun ni...all the best!

      Delete
  3. Thanks very2 much memang top ahh tips ni

    ReplyDelete
  4. tapi saya selalu tidur kat kelas

    ReplyDelete
  5. Sejarah perlu dihfl serta difahami dan diminati dan digunakan pada masa akan datang jika berlaku sesuatu yang melanda negara sendiri.

    ReplyDelete
  6. Haram untuk menyebarkan unsur yang tidak berfaedah ke dalam blog berkaitan pendidikan.

    ReplyDelete

You can leave your comment