Anismanisha's Quote

HORMAT ITU PERLU

01:53:00 anis manisha 0 Comments

HORMAT!
Tajuk ni nampak macam simple je tetapi raamaaiiiii yang tak endahkan sikap ini. Highlight untuk tajuk ini ialah insan yang bergelar cikgu.

Sekarang ni terlalu ramai pandai tunjuk belang. Dah tiada rasa hormat kepaa guru. Saya pun pernah juga melihat situasi ni di hadapan saya.

Contoh:
-Ada seorang murid ni gunakan panggilan 'aku-kau' dengan cikgu. Yang cikgu tu pula mungkin sebab dah penat nak tegur korang tapi tak 'lut' pun teguran tu.

-Ada seorang murid junior, pandang cikgu atas bawah macam tak puas hati. Walaupun hanya memandang dengan cara itu sahaja, tetapi tetap nampak dengan jelas tak hormatkan cikgu.

*Ini bukan sekadar contoh.. Real story*

Anis tak nafikan yang kadang-kadang memang rasa tak puas hati dengan cikgu, rasa bengang dan sebagainya sebab kadang-kadang tu bagi kerja sekolah terlalu banyak dan sebagainya.
(sebab saya ialah manusia yang tidak sempurna yang mampu berasa senang dengan semua sikap manusia yang lain)

T.E.T.A.P.I

Anis tetap hormatkan cikgu, Tak ada kata-kata kesat, tak ada pandangan yang tak puas hati, tak endahkan kata-kata cikgu.

Kenapa?

-Sebab cikgu lah yang ajar Anis daripada zero sampai Anis ada ilmu dan ilmu ni lah tiket untuk Anis masuk universiti atau mendapatkan pekerjaan (kalau tak ada ilmu yang mana membolehkan kau dapat keputusan yang cemerlang dalam SPM, universiti mana yang nak offer kau sambung belajar?)


Suatu hari tu Anis ada pergi seminar tentang 'Buli Siber'. Perkara yang membuatkan Anis terperanjat ialah ada group dalam Facebook di mana tajuknya ialah "kami benci cikgu" dan ada la terbaca post sorang budak ni yang kata cikgu bodoh..

Anis sajalah nak bagi sedikit kata-kata kepada orang-orang yang macam ni. :

      Kalau rasa cikgu tu bodoh, janganlah datang ke sekolah. Sebab korang kan lagi pandai daripada cikgu.. Kan?

#mohon sentap

Mulai hari ni, tolonglah ubah sikap korang tu. Hormatkanlah orang lain.Hidup ni senang Kau hormat orang, orang akan hormatkan kau..

Tetapi kalau kau hina orang lain, jangan tanya kenapa belambak orang kat dunia ni hina kau kembali. Semua ini kafarah.

-miss A.M-

Image result for respect
-source: Google Image-



You Might Also Like

0 comments:

You can leave your comment