Jangan Pandang Rendah kepada Allah
Ujian.
Satu perkataan yang pernah dirasai dan bakal dirasai oleh SEMUA orang. Tak kira baby, budak budak, remaja, orang dewasa atau orang tua. Semua akan menghadapinya. Namun, cara menghadapinya berbeza bagi setiap manusia.
Kadangkala, bila kita ditimpa ujian, kita lupa untuk mengadu pada Allah.
Kadangkala, kita lupa untuk memohon doa kepadaNya.
Kadangkala, kita lupa bahawa Dia ada disisi untuk membantu kita.
Semua ini kerana kita terdorong untuk bersedih, dan INGATLAH apabila kita bersedih, itulah masa yang sesuai untuk syaitan menghasut kita.
Sebab itulah kita perlu kuat demi diri kita dan kerana Allah.
Highlight untuk hari ni ialah : Wanita mandul
Gambar di bawah adalah potongan ayat daripada Surah Maryam. Cuba baca yang Anis highlight tu.. Di mana seorang hamba Allah mempunyai seorang isteri yang mandul dan usianya pula telah tua untuk mendapatkan anak.
Namun, dia merendahkan diri memohon doa kepada Allah. Dan Alhamdulillah, Allah memakbulkan doanya. Kerana apa? Kerana Allah Maha Berkuasa dan hamba Allah itu juga telah berdoa kepadaNya.
Jadi, sang suami yang mempunyai isteri mandul atau dirinya sendiri yang mandul, bawa-bawalah berdoa kepada Allah. Kerana tiada yang sukar bagiNya untuk memakbulkan doa hamba-hambanya.
Kerana dia Maha Berkuasa.
"Allah yang memberikan masalah (ujian) kepada kita, jadi jalan penyelesaian ada padaNya" . Jadi, pohonlah jalan penyelesaian daripadaNya.
-maaf jika ada yang terguris-
-miss A.M
0 comments:
You can leave your comment