Tentang Cinta
Bismillah....
Cinta sememangnya berpunca daripada nafsu. Dan kitalah yang harus pandai memandu cinta itu ke arah yang mana.. Sama ada ke arah yang mempunyai redha Allah atau ke arah yang membawa kepada kemurkaan Allah.
Sesungguhnya Allah lah yang mengurniakan rasa sayang dan cinta kepada kita.. Namun harus kita ingat yang kadangkala Allah mengurniakan rasa cinta kepada kita untuk menguji diri kita ini.
Menguji ke mana hala tuju cinta itu,
Menguji bagaimana kita mengawal rasa cinta itu,
Menguji sama ada kita akan melupakan cinta kita kepada Allah atau tidak.
"Janganlah mencintai manusia melebihi daripada cinta kita kepadaNya. Sesungguhnya tiada yang kekal selain daripadaNya. Percayalah bahawa kita tidak akan rugi jika kita mencintaiNya"
-miss A.m-
0 comments:
You can leave your comment