Pilihan untuk Umat Islam
Bahagian yang paling nipis dalam badan kita ialah hati... Senang digoda, senang diterbalikkan (masih tak tahu antara yg benar dan salah), was2 dan sebagainya.
Sebagai umat Islam, kita harus bersyukur kerana dikurniakan akal untuk berfikir.. tetapi ramai yang merosakkan akalnya untuk berfikir dengan mendalam tentang indahnya Islam ini dengan perkara2 negatif seperti berzina, minum arak dll...
Untuk sesiapa yang mahu berubah, lebih baik berubah sekarang sementara anda masih bernafas... kerana masa tidak menunggu anda untuk bertaubat... mungkin esok anda tiada di bumi ini dan tidak sempat bertaubat.... tiada siapa yang tahu tentang anjal..
Pilihan di tangan anda...
1. Bersusah payah sekarang dgn solat, puasa dan mengikuti segala perintahNya dan bersenang-lenang di syurga (untuk pengetahuan anda, kita dah tak payah nak solat puasa dan sbgnya di syurga)
@
2. Bersenang lenang di dunia dengan meninggalkan solat, tak berpuasa, berzina dan sebagainya tetapi akan menghadapi azab di dalam kubur, padang masyar, melalui titian sirat (sirat ialah seperti sehelai rambut yang dibelah 7 dan ketajamannya sama seperti pedang yang sangat tajam) dan di neraka..
Pilihlah wahai hamba Allah SWT...
-miss A-
0 comments:
You can leave your comment