tips

TIPS MENJIMATKAN DUIT

03:15:00 anis manisha 0 Comments

Assalamualaikum..
Selamat sejahtera..
Salam 1 Malaysia...

Tak tahulah dah berapa bulan saya tak jenguk blog nie... hari ni ada mood pula nak jenguk blog...
Hari ni saya nak kongsikan tips untuk menjimatkan duit anda.. Antaranya ialah:

1.Jangan Terpedaya Dengan Hawa Nafsu
    Jika anda terlihat sesuatu air/makanan yang menarik hati anda.. mahal pulak harganya... hmmm... tambahan pula anda sedang kelaparan/kehausan... INGAT!! semua tu hanyalah nafsu semata-mata kerana pada ketika itu anda sedang kehausan/kelaparan... jadi,sebelum tangan anda gatal mengeluarkan duit untuk makanan/minuman yg mahal tu.. anda cepat-cepat membeli makanan/minuman yang sederhana.. contohnya: anda segeralah membeli air kosong/roti.. selepas itu anda pasti tidak ada keinginan untuk membeli makanan/minuman yang ''mahal'' itu...

2.Jauhi Tempat Yang ''mahal''
     Jika anda berada di tempat yang menjual makanan.. seeloknya segeralah beredar kerana anda akan dapat melihat pelbagai makanan/minuman/barang-barang yang akan menarik perhatian anda.. itupun kalau anda nak berjimat... ini ialah pengalaman kawan saya yang x boleh nk  duduk kat tempat ''mahal'' ada saja yg nk dibelinya... tapi duit ciput...

3.Ikat Dompet
    Ha,ni mesti ada orang ingat saya tersalah tulis atau saya merepek... selalu orang kata ikat perut tapi sekarang saya nk tukarkannya kepada ikat dompet haha.. ini ialah pengalaman saya... anda ikat dompet anda dengan getah/tali.. tapi janganlah ikat sampai tak nak duit keluar lansung/ikat mati/beria-ria ikatnya... manalah tau kot-kot ada barang penting yang nak dibeli..nanti susah nk buka balik.. anda ikat biasa2 sudah.. contohnya: anda lilit sahaja.. then,kalau ada barang yang anda nak beli (tak penting) anda akan berasa malas nk beli coz malas nak buka lilitan tali kat purse anda tu... *khas untuk para pelajar.. (saya buat menjadi..hoho..)

4.Tengok Wayang a.k.a santai
   kalau nak tengok wayang tapi duit tak ada.. saya syorkan anda tengok di rumah bersama-sama rakan anda..

     -anda beli dvd cerita yang anda nak beli... beli dvd lagi untung beb.. boleh tengok banyak kali..
     -anda jemput rakan-rakan anda
     -anda pasangla kat tv
     -anda tutup lampu/langsir/cermin pintu (untuk mengelapkan ruang tamu tu) ala-ala panggung               wayang gitu
     -belila makann ringan..
dengan cara ini anda boleh berjimat malah,anda boleh cakap-cakap lagi masa tengok wayang.. kat panggung wayang kena senyap... 

ini sahaja daripada saya..
kalau anda tidak faham dengan artikel saya ini.. maafkan saya..
SEKIAN.

You Might Also Like

0 comments:

You can leave your comment