puisi

wang vs cinta

05:30:00 anis manisha 0 Comments

memang wang ialah segala-galanya...

kerana dengan wang kita boleh mengisi perut kita yang kosong..
kerana dengan wang kita boleh membeli rumah sebagai tempat perlindungan kita..
kerana dengan wang kita boleh beli segalanya di dalam dunia ini...

KECUALI kebahagiaan dan cinta...

kebahagiaan atau cinta yang dibeli oleh wang ialah kebahagiaan dan cinta yang palsu...

walau segunung wang yang kita dapat..
walau berjuta wang di dalam bank..
apa yang kita mahu lakukan dengan wang sebanyak itu??

jikalau kita sunyi tanpa keluarga yang bahagia ataupun pasangan kekasih yang setia pada cinta..

tidak dinafikan bahawa semua orang perlu mengejar kekayaan..
tipulah kalau seseorang itu berkata 'wang BUKANLAH segala-galanya..'
kerana kita semua memerlukan wang untuk kesenangan kita..

tetapi apabila kita mengejar kekayaan....
janganlah kita melupakan orang yang tersayang..
kerana mereka hanya akan membahagiakan diri anda dengan keikhlasan hati mereka..
bukan membahagiakan anda kerana sejumlah wang...

jika mereka membahagiakan anda kerana sejumlah wang......
semua itu hanyalah sementara.....

You Might Also Like

0 comments:

You can leave your comment