anizpixtor

Follow instashop ni cepat!! Mereka membuat pelbagai perkhidmatan printing bersama kualiti yang baikkk punya!

Ig: anizpixtor






Susahnya Masuk Syurga

Syurga, idaman semua orang. Tiada siapa nak masuk neraka, tetapi tak semua nak buat apa yang Allah suruh..



Kenapa aku kata nak masuk syurga ni susah?

Sebabnya, bila kau beriman, pastikan kau tak riak.. Kalau kau riak, ibadah kau is nothing..
Sebabnya, bila kau cuba nak berubah, mungkin jiwa kau tak kuat akibat bisikan syaitan..
Sebabnya, bila kau cuba buat baik, ramai yang kata kau ni poyo, jadi kau dah tak nak buat baik..

Tetapi kau kena ingat yang syurga Allah itu sangat indah..

Kalau kau selalu riak, berdoa kepada Allah agar perasaan riak itu dibuang daripada diri kau..

Kalau kau nak berubah, berdoa kepada Allah agar kau terus-terusan diberi petunjuk, pastikan kau sentiasa berdamping dengan orang yang boleh membawa kau ke haluan yang menuju ke syurga.

Kalau kau nak buat baik tanpa dikatakan poyo atau sebagainya, katakanlah ke hati kau bahawa "bukan kata-kata diorang yang boleh bawa aku ni ke syurga.. tetapi sikap aku sendiri yang menentukan sama ada aku ke syurga atau ke neraka"


Mesti korang pernah dengar kan yang "pelangi tak akan muncul tanpa hujan"?

Ungkapan tu tak semestinya untuk ujian di dunia ni je which is kau mesti lalui ujian sebelum mendapat hikmahnya. Tetapi ungkapan itu juga untuk syurga..

Pelangi itu bagaikan syurga, hujan pula umpama segala proses yang kita lalui untuk mendapatkan syurga..

Kalau kau nak berubah, tetapi hati rasa payah.. Itu bermakan syaitan tengah berbisik dengan kau supaya tak perlu berubah.. Dan kalau kau memang tak berubah, itu bermakna syaitan dah menang.. Takkanlah kau nak bagi syaitan yang menang,kan?
Pastikan kau yang menang!


Syurga itu kekal. Bersusah payahlah kau sekarang di dunia untuk mengubah diri supaya menjadi salah seorang penghuni syurga.. Supaya nanti bila kau kat syurga, kau hanya bersenang lenang je..

Kat syurga dah tak perlu solat, puasa dan lain2.. Tetapi untuk bersenang-lenang di syurga, pastikan kau bersusah di dunia ni dengan ikut perintahNya..

Tetapi, satu nasihat daripada aku.. Bila beribadah, niatkan kerana Allah dan bukan kerana syurga.. Pastikan kita berniat untuk mendapat rahmat Allah, bukan untuk mengejar syurga..

Syurga itu ialah hadiah daripada Allah untuk hambaNya yang beriman, jadi Allah perlu diutamakan!

-miss A.M-

Beberapa Tips Untuk Belajar (Additional mathematics, Mathematics, Biology, Physics, Chemistry, Pendidikan Islam)

-sumber: GI-


ADDMATHS

Addmaths ni no doubt kena buat latihannnnnn..
Tapi aku ada tips yang lain lagi..

1. Untuk kuasai sesuatu topic tu, (katakanlah nak kuasai topik bab 3, form 4).. Kau duduk kat meja belajar korang, korang buat SEMUA(contohnya semua soalan yang ada dalam buku latihan tropikal) soalan untuk bab 3 tu dalam masa satu hari.. Yang tips ni of course lepas korang dah belajar complete bab 3 tu..

Dalam masa satu hari tau.. bukannya 2,3 soalan satu hari.. Aku pernah buat macam ni sebab cikgu suruh siapkan semua soalan dalam module addmaths.. Aku masa tu kiranya tengah rajinla, so buatlah semua soalan tu..

Apa yang aku dapat ialah, aku dah boleh bezakan formula mana yang nak guna untuk setiap soalan, sebab ada satu bab tu, ada 3 formula.. So, boleh konfius.. Jadi, bila korang focus kat satu bab tu untuk satu  hari dan bukannya berhari-hari, insya Allah korang boleh tahu nak guna formula apa dan korang akan nampak "kata kunci" untuk setiap soalan.. Believe me!

Kalau ada yang x tahu, pleaselah tanya kawan atau cikgu ya..



2. Buat nota untuk addmaths.. Macam kelakar je nak buat notes untuk addmaths, tapi benda ni akan membantu..

Bukannya buat nota yang words tu, tetapi korang kena listkan setiap formula yang ada untuk setiap bab..

Contohnya bab 1 ada 4 formula, korang tulis dulu formula 1 dan sertakan contoh soalan dengan gunakan formula tu, kalau aku, aku akan tulis macam ni..

   a) formula 1
   b)contoh soalan yang senang
   c)contoh soalan yang susah


   a) formula 2
   b)contoh soalan yang senang
   c)contoh soalan yang susah

So bila ada soalan yang korang x tahu macam mana, terus refer kat notes ni..

notes ni membantu untuk exam juga,. Last minute, mesti korang baca macam2 an.. So korang just baca notes tu je.. Ada formula and siap contoh soalan yang senang dan susah skali..



3.
Kalau korang nampak buku yang aku bulatkan dengan dakwat biru tu, korang kena beli buku tu! sebab buku tu membantu sangattttt even kalau korang belajar last minute..

Jawapan untuk soalan2 dalam buku tu diasingkan.. kiranya ada buku soalan dan buku jawapan.. Senang sikit, tak perlu teleng-teleng kepala ke depan belakang dah.. hehe

Dalam buku ni, ada semua jenis soalan yang selalu keluar dalam exam termasuk soalan kbat..

Andai kata korang memang x tahu jenis soalan yang S=rO (O ialah deta).. Korang terus cari jenis soalan tu, then terus rujuk jawapan dia..  (tak perlu cuba buat sebab akan membazir masa, sebabnya korang memang tak tahu lansung macam mana nak jawab kan?)

Jawapan dia memang lengkap.. step by step.. so, korang kena perhatikan setiap step.. Pastikan korang faham semua step tu, then barulah korang buat soalan dia.. kalau korang still tak faham macam mana boleh jadi step tu, korang tanya kawan or cikgu korang..

Tips yang ketiga ni, aku buat last minit before spm and memang membantu!



MATHEMATICS

No doubt, kena buat latihan banyak banyak banyak banyakkkkk

BIOLOGY, PHYSIC

Aku lemah gila dalam subject ni. So apa yang aku buat? Aku buat latihannn je.. Aku pernah baca buku, hafal perfectly tapi after that memang tak ingat.. So that, untuk aku yang lemah dalam subject tu, memang buku rujukan is nothing (hanya berguna semasa nak buat kerja sekolah)..

Tetapi bila aku buat latihan, aku ingat jawapan untuk setiap soalan. Bila aku taip macam ni, that means, aku tahulah sebab kenapa benda tu jadi macam tu, kenapa benda tu jadi macam ni.. Contohnya, aku dah tahu macam mana pokok jenis yang berakar panjang tu boleh terapung atas air. Kalau aku baca buku, memang aku tak tahu sebab tak boleh nak lekat dalam otak ni..

Tapi bila aku buat latihan, dah habis spm pun aku still ingat faktanya. Jadi, kepada yang lemah macam aku, why not korang try buat latihan je.. Kalau tiba-tiba terlintas di fikiran korang yang "kalau soalan ni tak keluar macam mana?", korang kena ingat yang apa yang korang baca pun tak semestinya keluar..

Bila korang buat latihan, pastikan buat latihan daripada PELBAGAI buku latihan!

CHEMISTRY

Daripada pengalaman cara aku belajar, aku buat latihan essay plus subjective untuk salah satu topik chemistry, and after aku dah buat semua soalan essay dan subjective, aku dah boleh kuasai topik tu. Sebabnya soalan untuk setiap topik,, lebih kurang je..

Cuma kalau untuk soalan KBAT, korang kena rajin cari contoh soalan kbat untuk sesuatu topik daripada pelbagai sumber..

PENDIDIKAN ISLAM

Untuk subject ni, aku tak tahu nak bagi tips apa.. Sebabnya, apa yang kita belajar, kita akan praktikkan.. Jadi memang senang nak ingat..

Untuk bahagian Sirah, kena banyakkan baca. Dan untuk surah hafazan, korang hafaz dan bacakan dalam solat. Ustazah aku ada kata, andai kata bila korang baca dalam solat and cuma ingat 1-2 ayat je, it's okay. Lepas korang baca 1-2 ayat tu, korang baca surah yang lain pula which is surah yang korang memang hafal lengkap. Insya Allah lama-lama, terhafallah korang..


That's only from me.. Semua tips yang aku bagi ni, semuanya daripada pengalaman cara aku belajar dan bukannya copy paste daripada blog orang lain.. Ada orang boleh ikut tips aku, tapi ada yang tak boleh nak follow.. So, semuanya terpulang pada diri masing-masing..

Berusaha! Fighting! Don't give up!

p/s: kalau rasa nak give up, cakap kat diri tu yang "GIVE UP IS NOT MY STYLE!"

-miss A.M-










Beberapa Tips untuk Belajar (Sejarah)

Ok.. Kali ni post untuk subjek yang lain pulak.. Sorry sebab lambat update.. hehe

SEJARAH
Image result for history

Bila kita sebut 'sejarah' mesti semua just ingat kena hafallll je kan? 
Alhamdulillah aku dapat keputusan yang baik untuk sejarah which is A (ini bukan nak riak ya tapi nak buktikan bahawa....) tapi aku tak hafal pun fakta sejarah.. 
Well, tipulah kalau aku kata aku tak pernah hafal kan? hehe.. Tapi aku hafal just 2,3 kali je sebab raa macam fed up je nak hafal SEMUA fakta..

So, adalah cara belajarnya which is:

1.kau buat nota pendek/ringkas. For this, terserah untuk korang nak buat macam mana. Sebab ada orang kata, short note lebih baik, ada orang kata lebih baik buat nota berjadual, ada orang kata lebih bagus buat mind map.

Kalau korang rasa senang dengan mind map, then  buat tu.. Kalau rasa senang dengan nota short yang takat 2-3 patah, buat macam tu.. Depends kat korang. Sebab bagi aku, fakta sejarah ni banyak.. Kalau untuk sesuatu topik tu ada terlalu banyak point, mestilah agak susah nak buat mind map.. So depend kat korang.. TETAPI

Pastikan korang tak salin satu buku teks tu!

Kalau macam cara aku, aku buat campur2. ada mind map, ada short note, ada jadual.
p/s: perbezaan antara kau baca buku teks dan nota ringkas untuk sesuatu topik ialah, kau akan rasa baca nota ringkas lebih CEPAT berbanding baca buku teks walaupun ISI PENTINGnya sama. Aku pernah buat penilaian ni. So, memang rugi kalau tak buat short note.



2. Kau focus semasa cikgu mengajar. Kalau kau dapat cikgu yang jenis explain tanpa tengok buku, kau focus 100% kat dia.. Aku pernah dapat cikgu yang macam ni and aku memang focus kat dia je. Aku pandang muka dia je and aku tak tengok buku lansung sebabnya bila ko tengok buku untuk cari point yang cikgu korang tengah cakapkan,, percayalah yang korang akan hilang focus!

3.Baca buku teks dan fahamilah! Cara aku baca, aku akan baca satu persatu perkataannya dan aku akan pastikan aku faham ayat tu. Kalau aku tak faham, aku akan ulang baca sampai aku faham. Tapi, TAK PERLU HAFAL.. Percayalah yang kalau kau dah buat tips no 1 dan no 2.. Insya Allah bila exam, kau akan teringat balik apa yang kau baca, dan bukannya ingat benda yang kau hafal.

Tapi pastikanlah yang korang memahaminya juga.. bukannya baca sepantas kilat atau sepintas lalu


4. Buat latihan. This tips memang no doubt lah. Cumanya kalau latihan essay, tak perlulah tulis macam essay. Hanya keluarkan main point, huraian, kesimpulan (sebab kbat kan sekarang? hehe)

5. Tips no 5 ni ialah untuk tips bila dah nak exam. Katakanlah cikgu bagi hint, topic yang keluar ialah bab 3,4,5,6 .. Kau dah baca bab 4 dan 5 sebelum exam secara sungguh-sungguh mungkin sebab saja2 je an, so tak perlu membazir masa baca balik bab yang kau dah baca (korang mesti baca an sebab nak pastikan yang korang betul2 ingat).Sebaliknya, lebih baik korang buat latihan untuk bab yang korang dah baca tu and baca nota-nota untuk bab yang korang belum baca. 



*Jumpa di lain post ya sebab saya jenis yang tak suka post tu panjang sangat.. Risau pembaca jadi bosan bila baca.*

-miss A.M-

Beberapa Tips untuk belajar (Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris)

Selamat petang everyoneeeee!

Ok, post ni khas untuk korang yang bakal menghadapi spm walaupun spm korang, tahun depan ya.. hehe..

Aku akan senaraikan tips untuk belajar untuk semuaaaa topik.. Walaupun spm aku taklah hebat sangat tapi Alhamdulillah, masih boleh dibanggakan.. Which means tak teruk pun resultnya tapi taklah gempak sampai straight A..

Tips yang aku nak bagi ni, banyak bagi improvement kat aku.. Kalau ada rasa was-was nak follow sebab aku cerita pasal result aku tu, lantak kome le.. Kalau ada yang nak follow, followlah ye... 


BAHASA MELAYU:
Image result for bahasa malaysia
sumber: pak cik google
  Untuk Karangan- 

aku nasihatkan banyak2 korang pergilah salin contoh karangan TETAPI aku syorkan supaya korang salin karangan kawan korang sendiri yang dapat markah terbaikkkk atau daripada junior korang yang markahnya memang mantap.

Kenapa aku syorkan macam tu? Ikut pengalaman aku, bila aku salin contoh karangan daripada buku rujukan, aku rasa macam biasa je.. Tapi bila aku salin daripada karangan junior aku, (memang tebal mukalah sebab junior dapat markah tinggi daripada senior.. huhu) aku jadi tertarik sebab aku tertanya-tanya kenapa dia boleh dapat markah lagi tinggi.. 27/30 beb.. tak ke hebat tu.. So, aku perhatikan ayat dia satu2.. Aku baca dulu karangan dia which is tak tergopoh-gopoh nak habiskan pembacaan lepas tu baru aku salin balik sebiji-sebiji..

Daripada cara aku yang ini, aku boleh tengok, flow bahasa dia, flow penceritaan dia, macam mana dia masukkan peribahasa, berapa banyak baris untuk perenggan dia, berapa isi dalam satu perenggan.. 

Dannn after aku buat macam tu, Alhamdulillah aku dapat result yang baik.. kalau dulu setakat 16/30 markah, tapi lepas salin karangan JUNIOR aku tu, aku selalu dapat 27/30 atau 26/30 markah..

Thanks kepada Pn. Siti Khalijah yang suruh anak muridnya salin karangan daripada junior kami.. hehe.. Kalau ada kawan yang dapat markah best pun, salinlah karangan dia tapi make sure baca dulu kay.. baca dengan penuh penghayatan gituu..

Untuk tatabahasa - aku tak tahu sangat tipsnya tapi waktu sekolah, selalu sangat buat latihan dengan cikgu.. so tipsnya jangan ponteng sekolah! haha

Untuk komsas - Aku rasa tips aku agak berguna tapi tak semua orang boleh buat.. hehe.. tips aku ialahhhh.... Aku akan baca novel je.. sebab bila aku baca novel, aku akan ingat peristiwa dia, jadi untuk soalan novel memang senangla nak jawab sebab jawapan untuk kebanyakkan soalan sama je, peristiwanya cuma kata kunci je kena tukar contohnya yang 

"Watak yang penyayang ialah ........ Buktinya........"
"Pengajarannya ialah kita perlulah menjadi seorang yang penyayang seperti......"

Untuk yang cerpen, aku nasihatkan baca juga setiap cerpen.. sebab kalau korang baca buku rujukan je which is korang baca point-point dia, nanti time exam, korang akan konfius point untuk cerpen itu dan cerpin ini.. sebab banyak sangat cerpen kan..


BAHASA INGGERIS:
Image result for english
sumber: uncle google
Untuk essay - cara aku, sama juga macam untuk BM.. tapi aku tak salin balik.. sebab bila aku baca essay BI, memang aku akan hayati betul-betul sebab nak perhatikan juga grammar dia... So bila baca je, aku dah dapat tangkap macam mana flow karangan tu.. Kalau korang yang rasa perlu salin balik, salin je la.. Maybe boleh dapat improvement yang lagiiii gempak!

Untuk soalan objektif - dalam kelas, masa berbincang tentang jawapan objektif, cikgu aku akan bincang setiap soalan dengan detail which means macam kenapa jawapan nya yang itu dan kenapa pilihan jawapan yang lain salah, apa keyword soalan dan apa yang kita perlu perhatikan dalam soalan tu..

Jadi, aku akan catat semuaaaaa yang cikgu aku cakap sebelah soalan objektif tu guna pen merah.. walaupun jawapan aku betul dan aku tahu kenapa.. aku still catat..

Bagi aku, reason korang kena buat macam ni ialah, manalah tahu kut-kut dalam dewan peperiksaan, otak cramp.. At least korang boleh tanya diri korang, "Apa yang aku perlu buat" so that, tayangkanlah semula pembelajaran anda di kepala anda.. hehe

Untuk speaking - well, spm memanglah tak ada speaking tapi penting juga.. untuk oral dan masa depan korang.. Kalau cara aku, semasa dalam kelas, aku akan tengok bibir cikgu aku je.. Daripada situ aku tahu macam mana nak sebut sesuatu perkataan dengan betul dan lancar.. Tapi sambil2 tu dengarlah apa yang dia cakap.. 

Untuk literature - First, korang kena baca novel tu, then korang kena cari satu contoh karangan literature yang mantap which is yang ada semua point yang diperlukan..

Contoh point yang diperlukan:
-kata kunci soalan
-jawapan
-huraian
-kesimpulan kecil
-kesimpulan besar

*part ni kalau ada yang tak faham, boleh email aku kat manishaanis@gmail.com*


Untuk subjek yang lain, tungguuuu yaa.. hehe